Diploma Perakaunan

Program AMC, Diploma Perakaunan menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh dalam bidang buku simpan kira-kira, perakaunan, kewangan, perniagaan dan pengurusan. Pelajar akan membangunkan pemahaman dan kemahiran yang relevan untuk menyokong individu yang berada di dalam organisasi untuk membuat keputusan yang lebih baik.
Lanjutan Akademik
Program ini telah mendapat akreditasi penuh dari MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) dan disahkan oleh MOE (Kementerian Pendidikan Malaysia). Apabila tamat program 2 ½ tahun ini, pelajar boleh memilih sama ada masuk ke dalam pasaran kerja atau melanjutkan kelayakan ke peringkat lebih tinggi yang membawa mereka kepada pendidikan sarjana muda dan sarjana dalam bidang berkaitan akauntan sama ada di dalam atau di luar negara.
MQA Code: Kod MQA: MQA/FA4882
Peluang Pekerjaan
Perakaunan adalah pekerjaan yang sangat diperlukan dalam mana-mana sektor perniagaan seperti firma perakaunan dan pengauditan, bank, firma sekuriti, perdagangan, pengedaran, dan firma pembuatan. Pilihan kerjaya seperti:
- Eksekutif Akaun
- Pembantu Audit
- Penganalisa Perniagaan
- Perancang Kewangan
Syarat Kemasukan
SPM 3 Kredit termasuk Matematik dan Lulus Bahasa Inggris atau setara dengannya
Yuran Kursus
Yuran: RM 20,000
Pendaftaran: RM 200
Course Features
- Lectures 29
- Quizzes 0
- Duration 120 Credits Hours
- Skill level Level 4
- Language English
- Students 0
- Assessments Yes
-
Subject List
Semester 1 (14 Weeks)