
KELAYAKAN ANTARABANGSA LCCI (ANUGERAH PINGAT PERAK NEGARA)
Tahniah kepada semua 8 pelajar yang lulus dalam sijil The London Chamber of Commerce & Industry (LCCI) di Kolej AMC, Likas Square Commercial Centre, Kota Kinabalu!
Kelayakan LCCI dianugerahkan oleh Pearson Education Ltd. Ia merupakan Badan Penganugerahan bertauliah yang menyediakan kelayakan vokasional dan profesional di seluruh dunia. Dua pelajar dianugerahkan dengan Anugerah Pingat Perak Negara untuk pencapaian cemerlang dalam Penyimpanan Kira-kira dan Akaun Tahap 2 (Sukatan 2008). Mereka adalah Sim Chong Chin dan Kenneth Yap Jen Khong.
Untuk mengiktirafkan pencapaian cemerlang kepada kedua-dua pelajar ini, Kolej AMC telah mengadakan temubual ringkas mengenai kejayaan dan pencapaian mereka. Walau bagaimanapun, Sim Chong Chin tidak dapat menghadiri temuduga kerana dia berada di Johor. Pelajar kedua iaitu Kenneth, ketika ditemuramah berkata bahawa kursus itu amat mencabar tetapi dengan bimbingan dari pensyarah, khususnya, Viviv, dia berjaya melakukan yang terbaik. Kenneth bekerja sebagai pemain piano separuh masa di Grandis Hotel dan mengajar pelajaran piano untuk membantu dalam menampung kos pengajiannya. Menurutnya, pencapaian anugerah itu adalah sesuatu yang tidak pernah dipikirkannya. Keluarganya juga sangat bangga dengan pencapaiannya. Dorongan dari semua orang disekeliling juga merupakan salah satu kunci kejayaannya.
Kenneth yang juga mendapat keputusan cemerlang dalam SPM ingin berusaha mendapatkan yang terbaik supaya dapat menyandang Anugerah Emas pada Tahap 3 pula. Apabila ditanya mengenai perancangan masa depannya, Kenneth menyebutkan bahawa dia ingin meneruskan LCCI Level 3 di AMC College untuk mendapatkan Diploma LCCI . Ia adalah sesuatu yang dia harapkan supaya dapat melakukan tahun depan. Kenneth juga menitikberatkan betapa pentingnya peranan pensyarah dalam kursus ini. Dia percaya bahawa dia akan melakukannya dengan baik di LCCI Level 3 dengan tekad, tenaga dan dedikasi yang sama ketika dia melakukan LCCI Level 2.